• Laman Utama
  • Latar Belakang
  • Profil
  • Hubungi Kami

    Khamis, 25 Ogos 2011

    Program Nur Ramadhan 5

    Program Nur Ramadhan 5, Iftar Ramadhan UiTM Cawangan Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Ogos 2011, Sabtu yang lalu. Alhamdulillah, kehadiran para pelajar adalah sangat menggalakkan.

    Program yang berpusat di perkarangan Masjid al-Hikmah ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Persatuan Pegawai Kadet Palapes, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), Bahagian Pentadbiran UiTM, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan MINDS, HATIC, KOMED, Komander Kesatria, Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM), INSAN, INSPIRASI, Kolej Tun Senaja, Tun Putih, Tun Kudu, Tuah, Lekiu, Kasturi, Tun Perak, Tun Hamzah dan Kelab De'Best sendiri.

    Photobucket
    Kelab ini telah mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan acara "Amali Sembelihan" yang merupakan salah satu acara penting dalam Program Nur Ramadhan 5. Sebanyak tiga ekor kambing dan 30 ekor ayam telah disembelih oleh para pelajar Semester 5 Kelab De'Best. Kambing-kambing tersebut telah dilapah secara bergotong-royong oleh mereka sebelum ianya diserahkan kepada pihak katering untuk dimasak. Lauk ayam telah dijadikan hidangan untuk berbuka puasa manakala lauk kambing telah dijadikan hidangan untuk moreh.

    Kelab De'Best juga telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sesi Ceramah Ihya Ramadhan. Ceramah telah disampaikan oleh al-Fadhil, Ustaz Zahazan Mohamed dari Telaga Biru.

    Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai sasaran dan mendapat sokongan padu semua pihak. Terima kasih buat semua pihak yang membantu dan menyokong Program Nur Ramadhan ini.

    Untuk gambar-gambar Program Nur Ramadhan ini boleh didapati pada bahagian Galeri.

    2 ulasan:

    norsyafiqa rosdin berkata...

    aku like sebab gambar aku..! thanks haha, btw great event! ;D

    hannafauzann berkata...

    ajim kembang hidung la tuuu :PP