Bermula pada 13 Jun 2012 sehingga 25 Jun 2012 telah diadakan Program Semai Kasih antara Penasihat De'best, Majlis Tertinggi De'best dan Ahli Kelab De'best daripada semester 1 sehingga semester 6. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan antara pelajar dan ahli majlis tertinggi Kelab De'best . Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah, ucapan daripada para penasihat De'best Cik Afzan Sahilla binti Amir Hamzah, Encik Zakimi bin Ibrahim dan Encik Mohamad Idham bin Md Razak , penjelasan tentang takwim aktiviti untuk semester Jun 2012 - November 2012 oleh Setiausaha I De'best, Nazreen bin Abdul Razak. Kemudian penjelasan tentang yuran ahli oleh Bendahari De'best, Ain Asyikin binti Adnan dan juga sesi soal jawab bersama ahli majlis tertinggi Kelab De'best. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sepenuh kerjasama daripada ahli Kelab De'best daripada Semester 1 sehingga Semester 6. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan.
Aktiviti selepas ini ialah De'best Family Day yang akan diadakan pada 3
& 4 Julai 2012 dimana 3 Julai merupakan Perlawanan Permainan
Tradisional antara Batch dan pada 4 Julai merupakan Persembahan Khas
daripada pelajar semester 1 dan sesi Barbeque. De'best Family Day
sebenarnya merupakan Annual Grand Meeting ( AGM ) yang sebelum ini
diadakan secara indoor tetapi diubahsuai konsep yang lebih santai dan
secara outdoor kerana akan diadakan di Padang Kawad UiTM Melaka. Semoga De'best Family Day ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran anda semua :)



