• Laman Utama
  • Latar Belakang
  • Profil
  • Hubungi Kami

    Isnin, 19 September 2011

    Majlis Makan Malam De'Best : Aidilfitri Di Padang Pasir

    Majlis Makan Malam De'Best yang bertemakan "Aidilfitri di Padang Pasir" telah berlangsung pada hari rabu 7 September 2011 dengan meriahnya. Majlis Makan Malam De'Best kali ini diadakan di Avillion Legacy Hotel . Majlis ini bermula dari jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam. Lebih kurang 300 pelajar menyertai Majlis Makan Malam ini .  Majlis Makan Malam kali ini kelihatan meriah dengan para pelajar yang memakai pakaian mengikut tema "Aidilfitri di Padang Pasir" . 

    Majlis bermula pada jam 8.30 malam dengan ketibaan VIP yang diiringi oleh Majlis-Majlis Tertingi De'Best Sesi 2010/2011 . Seterusnya aktiviti diikuti dengan nyanyian lagu UiTM di Hatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM kemudian bacaan doa oleh saudara Muhammad Faiz Syahru Alzaman. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP De'Best Saudara Haiqal Syukri Jantan, kemudian diteruskan oleh ucapan daripada Penasihat 1 De'Best, Cik Munirah Mohamed kemudian ucapan daripada Koordinator Program, Puan Halawah Ahmad.

    Sebelum para hadirin mula menjamah hidangan, pihak Avillion Legacy menyediakan persembahan semasa penghantaran makanan ke meja VIP . Untuk hiburan para hadirin yang sedang menikmati makan malam, terdapat lima buah persembahan disediakan . Antara yang membuat persembahan pada malam itu ialah Kumpulan The Lalang's, Aida Mahirah, Aiman Zain, Aiman Syahin, Zulaikha, Myra Atiqah dan juga persembahan istimewa oleh Majlis Tertinggi De'Best sesi 2010/2011 . 

    Untuk menghangatkan lagi majlis, terdapat sesi Cabutan Bertuah untuk para hadirin . Selain itu, terdapat juga tayangan montaj aktiviti Kelab De'Best dan montaj Majlis Tertinggi De'Best 2010/2011 untuk santapan mata para hadirin pada malam itu. Aktiviti kemuncak pada malam itu ialah sesi perletakan jawatan ahli Majlis Tertinggi De'Best sesi 2010/2011 dan perlantikan Majlis Tertinggi sesi 2011/2012.

    Acara penutup untuk Majlis Makan Malam De'Best ialah penentuan King And Queen of The Night! Untuk menentukan King And Queen of The Night, seramai 3orang jejaka dan 3orang gadis dipilih. Mereka perlu melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian para hadirin untuk memilih mereka sebagai King And Queen of The Night . Gelaran King of The Night disandang oleh Syahiran Mazlan manakala gelaran Queen Of The Night disandang oleh Setiausaha I De'Best sesi 2010/2011, Qurratu'Aini Mohamed Zain. 

    Majlis Makan Malam De'Best melabuhkan tirai pada pukul 11.30 malam . Keseluruhannya, Majlis Makan Malam De'Best kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada para pelajar yang menyokong dan menyertai Majlis Makan Malam De'best . Untuk melihat gambar-gambar Majlis Makan Malam De'Best anda boleh pergi ke bahagian Galeri .

Khamis, 8 September 2011

De'Best Mystery Day


De'Best Mystery Day yang telah diadakan di Foyer BA pada hari Rabu, 7 September 2011jam 12.30 tengahari sehingga 1.00 tengahari telah berlangsung dengan jayanya . Sebanyak 200 biji epal telah diedarkan kepada pelajar De'best yang memakai T-Shirt De'best . Pelajar juga diberi cop De'Best sebagai tambahan . Tujuan Mystery Day diadakan adalah untuk menghargai sumbangan dan sokongan pelajar De'Best kepada kelab De'Best. Ucapan ribuan terima kasih kepada warga De'Best yang hadir memeriahkan dan menyokong Mystery Day ini . Teruskan menyokong kelab De'Best .

Sabtu, 3 September 2011

Aidilfitri Di Padang Pasir (Akan Datang)

Majlis Makan Malam Kelab De'Best 2011 yang bertemakan "Aidilfitri di Padang Pasir" akan menemui para pelajar 7 September (Rabu) ini. Majlis yang akan diadakan di Avillion Legacy Hotel, Melaka bertujuan meraikan Syawal bersama-sama warga De'Best di samping memperkukuh ukhwah antara warga De'Best.

Ketika majlis makan malam ini juga, akan berlangsung Upacara Penyerahan Kuasa Ahli Majlis Tertinggi Kelab De'Best 2010/2011 kepada barisan kepimpinan yang baru. Ahli barisan kepimpinan kelab yang baru hanya akan diumumkan pada majlis makan malam tersebut.

Bayaran yang dikenakan hanya RM 30.00 sahaja. Kaunter pembayaran untuk majlis makan malam masih lagi dibuka untuk hari yang terakhir iaitu:-

Tarikh : 5 September 2011 (Isnin)
Masa : 9 pagi hingga 5 petang
Tempat : Foyer Blok B, Blok Akademik

Jumpa kalian di sana!

Jumaat, 2 September 2011

Profil Majlis Tertinggi Kelab De'best Sesi 2010/2011


CARTA ORGANISASI
182666_10150096928874759_665704758_5987794_2009437_n.jpg

PROFIL

YDP DE'BEST
NYDP DE'BEST
SETIAUSAHA I DE'BEST
SETIAUSAHA II DE'BEST
BENDAHARI DE'BEST
EXCO DISIPLIN
 EXCO DISIPLIN
EXCO KEROHANIAN
EXCO PUBLISITI
EXCO PUBLISITI
 EXCO SUKAN
 EXCO SUKAN
EXCO AKADEMIK
 EXCO KEUSAHAWANAN
 EXCO TUGAS-TUGAS KHAS