• Laman Utama
  • Latar Belakang
  • Profil
  • Hubungi Kami

    Ahad, 13 Januari 2013

    Asimilasi Budaya Bisnes

    Assalamualaikum.


    Bermula 11 Januari 2013 sehingga13 Januari 2013 telah diadakan Program Asimilasi Budaya Bisnes antara Penasihat De'best, Majlis Tertinggi De'best dan Ahli Kelab De'best daripada semester 1 sehingga semester 6.Dengan tema Arabian Night di Dewan Taming Sari Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan antara pelajar.Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah ucapan daripada Ketua Pusat Program Pn Shahariah,Penyelaras Program Pn Halawah,para penasihat De'best Encik Mohamad Idham bin Md Razak,Cik Afzan Sahilla binti Amir Hamzah,Encik Zakimi bin Ibrahim.Terdapat juga makan malam beramai-ramai iaitu memakan Nasi Ambeng didalam dulang. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sepenuh kerjasama daripada ahli Kelab De'best daripada Semester 1 sehingga Semester 6. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan.


Rabu, 9 Januari 2013

Program Menyemai Benih Cinta

Assalamualaikum.

Bermula 10 Disember 2012 sehingga18 Disember 2012 telah diadakan Program Menyemai Benih Cinta antara Penasihat De'best, Majlis Tertinggi De'best dan Ahli Kelab De'best daripada semester 1 sehingga semester 6. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan antara pelajar dan memperkenalkan ahli majlis tertinggi Kelab De'best.Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah ucapan daripada para penasihat De'best Encik Mohamad Idham bin Md Razak,Cik Afzan Sahilla binti Amir Hamzah,Encik Zakimi bin Ibrahim dan penjelasan tentang takwim aktiviti untuk sesi 2012/2013 oleh Setiausaha I De'best, Nazreen bin Abdul Razak. Kemudian penjelasan tentang yuran ahli oleh Bendahari De'best, Rabiatul Adawiyah binti Zainuddin dan juga sesi soal jawab bersama ahli majlis tertinggi Kelab De'best. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sepenuh kerjasama daripada ahli Kelab De'best daripada Semester 1 sehingga Semester 6. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan. 

 Aktiviti selepas ini ialah Program Asimilasi Budaya Bisnes yang akan diadakan pada 12-13 Januari 2013 dimana 12 Julai merupakan Program De'best Running Man antara pelajar part 1 dan pada 13 Januari 2013 merupakan Persembahan Khas daripada pelajar semester 1-6 .Sedikit keunikan pada  malam itu ialah mempunyai tema yg tersendiri iaitu Arabian Night serta makan malam di dalam dulang .Program Asimilasi Budaya Bisnes sebenarnya merupakan Annual Grand Meeting ( AGM ) yang sebelum ini diadakan secara outdoor tetapi diubahsuai konsep yang lebih santai dan secara indoor kerana akan diadakan di Dewan Taming Sari UiTM Melaka. Program Asimilasi Budaya Bisnes ini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran anda semua :)