Assalamualaikum,
Bermula 22 Februari 2013 sehingga 24 Februari 2013 telah diadakan Program Blues Camp di KM Chalet ,Kuala Linggi antara Penasihat De'best,
Majlis Tertinggi De'best dan Ahli Kelab
De'best daripada semester 1 sehingga semester 5. Program ini diadakan
bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan antara pelajar,kerjasama kumpulan serta mendisiplinkan diri pelajar serta ahli majlis
tertinggi Kelab De'best.Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang
program ini berlangsung ialah Ice breaking, Malam kebudayaan,Gotong royong, dan Sukaneka pantai seperti Bola tampar,Bowling pantai,Tarik tali. Disertai para penasihat De'best
Encik
Mohamad Idham bin Md Razak,Cik Afzan Sahilla binti Amir Hamzah,Encik
Zakimi bin Ibrahim yang turut bersama-sama menjayakan program ini. Kemudian
penjelasan
tentang yuran ahli oleh Bendahari De'best, Rabiatul Adawiyah binti
Zainuddin dan
juga sesi soal jawab bersama ahli majlis tertinggi Kelab De'best.
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sepenuh
kerjasama daripada ahli Kelab De'best daripada Semester 1 sehingga
Semester 6. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan.