Bermula 10 Disember 2012 sehingga18 Disember 2012 telah diadakan Program Menyemai Benih Cinta antara Penasihat De'best, Majlis Tertinggi De'best dan Ahli Kelab
De'best daripada semester 1 sehingga semester 6. Program ini diadakan
bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan antara pelajar dan memperkenalkan ahli majlis
tertinggi Kelab De'best.Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang
program ini berlangsung ialah ucapan daripada para penasihat De'best Encik
Mohamad Idham bin Md Razak,Cik Afzan Sahilla binti Amir Hamzah,Encik Zakimi bin Ibrahim dan penjelasan tentang takwim aktiviti untuk sesi 2012/2013 oleh Setiausaha I De'best, Nazreen bin Abdul Razak. Kemudian penjelasan
tentang yuran ahli oleh Bendahari De'best, Rabiatul Adawiyah binti Zainuddin dan
juga sesi soal jawab bersama ahli majlis tertinggi Kelab De'best.
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sepenuh
kerjasama daripada ahli Kelab De'best daripada Semester 1 sehingga
Semester 6. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan.
Aktiviti selepas ini ialah Program Asimilasi Budaya Bisnes yang akan diadakan pada 12-13 Januari 2013 dimana 12 Julai merupakan Program De'best Running Man antara pelajar part 1 dan pada 13 Januari 2013 merupakan Persembahan Khas
daripada pelajar semester 1-6 .Sedikit keunikan pada malam itu ialah mempunyai tema yg tersendiri iaitu Arabian Night serta makan malam di dalam dulang .Program Asimilasi Budaya Bisnes sebenarnya merupakan Annual Grand Meeting ( AGM ) yang sebelum ini
diadakan secara outdoor tetapi diubahsuai konsep yang lebih santai dan
secara indoor kerana akan diadakan di Dewan Taming Sari UiTM Melaka. Program Asimilasi Budaya Bisnes ini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran anda semua
:)







Tiada ulasan:
Catat Ulasan